DUA 6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
TAJUK E-FOLIO :
KONSEP KEJIRANAN
NAMA PENSYARAH :
USTAZ AMIR FARIZ BIN CHE MAN
NAMA AHLI KUMPULAN AMANI :
- SITI FAIRUZ BINTI MOHD AFFENDI (01DGU17F1110)
- NURUL ZAYANIMASTURA BINTI AMAN (01DGU17F1127)
- NURAMIRAH FARZANA BINTI SHAHRUL ANUAR (01DGU17F1129)
- NURUL AFIQAH BINTI ZAINUDDIN (01DGU17F1133)
- SITI NUR AISHAH BINTI MOHD ISMAIL (01DGU17F1137)
- NURUL ZAYANIMASTURA BINTI AMAN (01DGU17F1127)
- NURAMIRAH FARZANA BINTI SHAHRUL ANUAR (01DGU17F1129)
- NURUL AFIQAH BINTI ZAINUDDIN (01DGU17F1133)
- SITI NUR AISHAH BINTI MOHD ISMAIL (01DGU17F1137)
PENGENALAN
Hubungan yang erat antara sesama anggota masyarakat merupakan antara ciri-ciri masyarakat yang berkualiti, iaitu sebuah masyarakat yang bukan sahaja berjaya mewujudkan suasana harmoni dan aman sesama mereka, bahkan menjadi aset paling penting kepada negara.
Menyedari hakikat inilah maka Islam telah menkankan betapa pentingnya menjalinkan hubungan yang erat di kalangan masyarakatnya. Suruhan tersebut tidak hanya terhad kepada sesama masyarakat Islam sahaja malahan melapasi batas agama, bangsa, keturunan, warna kulit, bahasa dan sebagainya. Islam menitikberatkan hubungan kejiranan kerana ia adalah satu daripada cara hidup Islam.
Dalam konteks kejiranan, umat Islam berkewajipan mengekalkan hubungan yang baik dan mesra sesama mereka. Ini kerana, ia memainkan peranan yang amat penting dalam menjana satu kehidupan setempat yang aman dan harmoni yang boleh memberi kemudahan, kelapangan dan jalan keluar bagi satu kesulitan atau masalah.
MAKSUD KEJIRANAN
Bahasa : Jiran berasal dari Bahasa Arab yang membawa maksud orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.
Istilah : Jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran bersebelahan dengan negara. Jiran juga beerti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu.
DALIL- DALIL YANG BERKAITAN
Umat Islam dituntut supaya menjalinkan hubungan yang baik sesama jiran.
FIRMAN ALLAH SWT yang bermaksud :
"Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetengga yang dekat, jiran tetengga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki"
( An-Nisa : 36 )
Dari Ibnu Umar dan Aisyah R.huma, kedua-duanya berkata, sabda Rasulullah SAW:
"Jibril sentiasa memesan kepada aku supaya berbaik-baik dengan jiran hingga aku menyangka bahawa Jibril akan menetapakan hukum pusaka antara sesama jiran"
( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud :
" Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya"
Menghormati jiran adalah wajib. Sekalipun jiran tersebut bukan beragama Islam, selagimana tidak membawa bahaya dan mudarat. Hak lain yang perlu dipelihara adalah sentiasa memberi layanan baik, kasih sayang dan tunjukkan akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka. Islam mementingkan hubungan mesra dan layanan baik kepada jiran seperti riwayat Abu Dzar yang menyebut sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
" Wahai Abu Dzar sekirnya engkau memasak maraq (sejenis makanan berkuah seperti sup) maka banyakkanlah kuahnya dan berikan kepada jiran engkau"
Berdasarkan dalil-dalil daripada Al-Quran dan hadith, jelas menunjukkan bahawa Islam seringkali menganjurkan dan menyeru umatnya supaya sentiasa berkomunikasi dengan cara baik dan menjaga hubungan dengan jiran tetangga serta memelihara hak-hak jiran disamping menghormati jiran-jiran bukan Islam selagimana tidak merosakkan akidah dan akhlak.
SEKIAN TERIMA KASIH, BERSAMBUNG LAGI UNTUK TOPIK-TOPIK YANG LAIN PADA MINGGU HADAPAN 😆😝
BY: SITI NUR AISHAH BT MOHD ISMAIL (01DGU17F1137)
BY: SITI NUR AISHAH BT MOHD ISMAIL (01DGU17F1137)
menarik 👍🏻👍🏻
ReplyDelete👍👍
ReplyDeleteSplendid
ReplyDeleteHebatnya kamu
ReplyDeleteTerbaik
ReplyDeleteAlhamdulillah .. terbaik, cenggiiniii 👍🏼
ReplyDeleteTerbaik...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Bgos moga2 dpt beri manfaat kpd kita��
ReplyDeleteAlhamdulillah kandungan yang dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca
ReplyDelete������ bagus teruskan usaha macam ni
ReplyDelete��
ReplyDeleteSangat bermanfaat
ReplyDeleteThanks for sharing
terima kasih kerana share �� semoga bermanfaat untuk yang lain juga �� inshaallah amin ��
ReplyDelete