Allah swt menyebut di dalam Al-Qur’an :
وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلاَ تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ
“Sembahlah Allah dan janganlah mensyirikkan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin , jiran tetangga yang berhubungan dekat atau yang jauh dan rakan teman..” (An-Nisa : 36).
Allah SWT telah memesan kepada hamba-hamba-Nya supaya menjalankan kewajipan menyembah-Nya dan juga dalam masa yang sama menjalankan kewajipan kepada sesama hamba-hamba yang lain. Bahkan di dalam kitab dan sunnah banyak sekali ayat-ayat dan hadith yang menyebut perintah menjalinkan hubungan sesama makhluk dan manusia dengan baik dan ihsan.
Terdapat juga hadis-hadis yang berkaitan dengan kepentingan kejiranan dalam islam:
1. Menghormati tetangga
Hadis di bawah menyatakan kepada perlunya menghormati jiran.
Dari Sa’id, dari Abu Syuraih,:
Sesungguhnya Nabi SAW bersabda,”Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman.” Dikatakan, “Siapa wahai Rasulullah?” Beliau bersabda, “Orang yang tetangganya tidak merasa aman dari gangguannya/keburukannya.”
2. Menghargai tetangga.
Hadis di bawah menyatakan kepada perlunya menghargai jiran tetangga.
Dari Sa’id –Al Maqburi,:
Dari bapanya, dari Abu Hurairah RA, dia berkata: Nabi SAW bersabda, “Wahai perempuan-perempuan muslimah, janganlah seorang tetangga menganggap remeh pemberian tetangganya meskipun hanya berupa kaki kambing.”
Setiap orang perlu menghargai segala pemberian jiran walaupun barang yang diberikan itu tidak seberapa harganya. Pemberian itu boleh menimbulkan serta melahirkan persaudaraan dan kasih sayang seterusnya merapatkan hubungan sesama jiran. Walaupun barang yang diberikan itu tidak bermanfaat pada ketika itu, mungkin ia akan memberi manfaat pada masa seseorang itu memerlukannya. (Halim al-Majidi 2013).
3. Larangan Menyakiti Tetangga
Hadis di bawah menyatakan kepada larangan menyakiti jiran tetangga.
Dari Abu Shalih, :
Dari Abu Hurairah RA, dia berkata, “Rasulullah SAW bersabda,’Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir maka janganlah menyakiti tetangganya, dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah memuliakan tamunya, dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah mengatakan yang baik atau diam’.
Oleh itu, kami mendapati menjaga hak-hak jiran adalah satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan bermasyarakat. Islam amat menitik beratkan akan penjagaan hak-hak jiran sehingga menganggap seolah-olah jiran akan mewarisi harta seseorang. Maka, kepentingan kejiranan sangat penting kerana akan melahirkan masyarakat yang bertoleransi, hormat antara satu sama lain dan seterusnya menjadikan suasana kehidupan bermasyarakat yang aman damai serta sejahtera.
by : NURUL AFIQAH BT ZAINUDDIN
(01DGU17F1133)
Waaaaahhhhh daebakkk����
ReplyDelete