Wednesday, September 11, 2019

HAK-HAK JIRAN DALAM ISLAM

Sedikit pencerahan tentang jiran sebelum kita masuk ke dalam konteks hak-hak jiran dalam islam
Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat (2010), jiran ialah orang yang berada dekat dengan rumah. Perkataan jiran dalam bahasa Arab pula untuk tunggal adalah al-Jar dan pluralnya adalah al-Jiran.Perkataan ini kemudiannya diserap ke dalam bahasa melayu menjadi jiran yang bermaksud tetangga. Manakala jiran menurut syarak ialah orang yang berdekatan dengan rumah sama ada di kanan, kiri, di depan atau belakang mahupun di tingkat atas ataupun bawah hingga 40 rumah dari setiap sudut.konsep jiran juga boleh jadi dalam kawasan sekampung, sama taman perumahan atau menghuni bangunan apartmen yang sama.

 Keharmonian hidup berjiran sangat dititikberatkan dalam syariat Islam. Allah SWT berfirman dalam
Surah an-Nisa’ ayat 36, maksudnya: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak yatim dan orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur dan membanggakan diri.”
Manakala dalam hadis,Dari Sa’d bin Abi Waqqash r.a : Rasulullah saw bersabda, “Ada empat perkara yang termasuk (dalam) kebahagiaan iaitu :
(a). Isteri yang solehah,
(b). Tempat tinggal yang luas,
(c). Jiran yang baik; dan
(d). Kenderaan yang nyaman.

 Dalam Islam, jiran boleh berpecah kepada tiga jenis iaitu jiran tiga hak, jiran dua hak dan jiran
satu hak. Rasulullah SAW pernah menyebut dalam satu hadis iaitu jiran tetangga itu terbahagi kepada
tiga kategori. Pertama, jiran Muslim yang ada hubungan keluarga baginya, maka dia mendapat hak
sebagai jiran, hak sebagai orang Muslim dan sebagai keluarga atau kerabat. Kedua, jiran Muslim, baginya mendapat hak sebagai jiran dan hak sebagai seorang Islam. Ketiganya pula, jiran kafir, maka baginya mendapat hak sebagai jiran.

 Perbezaan kategori ini amat penting kerana ia meliputi pelabagai aspek terutamanya bagi negara kita
Malaysia yang berbilang kaum, agama dan latar belakang yang berbeza tanpa mengabaikan walau satu pun hak mana-mana pihak. Diskriminasidan sikap memilih bulu dalam perhubungan dengan jiran sangat ditegah dalam Islam. Jiran mempunyai hak tertentu yang perlu dihormati dan disedari oleh semua pihak. Contohnya, apabila jiran menghadapi bermasalah dan meminta sebarang bantuan, kita hendaklah bertanggungjawab membantu mereka seperti tolong menjaga rumah jiran semasa mereka tiada di rumah ataupun menghantar jiran ke hospital sekiranya mereka tidak mempunyai kenderaan dan sebagainya

 Jika mereka bersedih atau sakit, kita hendaklah bertanggungjawab dan mengambil berat untuk menghulurkan simpati atau menziarahi mereka di rumah mahupun di hospital.
Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seseorang berkata, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya Fulanah banyak melakukan solat, sedekah dan puasa (ibadat). Hanya saja dia menyakiti jiran dengan lisannya.’ Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Fulanah diceritakan sedikit melakukan puasa dan solat. Tetapi dia bersedekah dengan beberapa potong keju dan tidak menyakiti jirannya.” (Kemudian) Rasulullah saw bersabda, “Dia di dalam syurga.” [Sahih, Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Hakim]
Maksudnya : Islam bukan hanya menitikberatkan pelaksanaan ibadah fizikal semata-mata. Ia perlu seiring, iaitu pelaksanaan fizikal dan kerohanian (akhlak yang baik). Sesuai dalam firman Allah yang Maha Agung;

 Selain itu,Jika ada jiran yang meninggal dunia, tanggungjawab kita juga untuk membantu ahli keluarganya untuk menguruskan jenazah agar dapat meringankan beban di samping dapat memupuk silaturrahim yang baik antara jiran. Di samping itu,Jika jiran mendapat  sesuatu kejayaan atau kebaikan, sekurang-kurangnya ucapkanlah tahniah kepada mereka atau meraikan bersama seperti memberi hadiah kepada jiran di atas kejayaan dalam menamatkan pengajian.Kita juga dilarang menyakiti jiran baik daripada segi fizikal mahu pun emosi. Contohnya, memotong atau menebang pokok jiran tanpa meminta izin mereka, membuang sampah di kawasan rumah jiran, meletak kenderaan di hadapan rumah jiran terutamanya ketika mereka ada di rumah dan lain-lain

 Tuntutan hak jiran sebenarnya tadaklah sesukar yang disangka kerana masyarakat kini lebih memikirkan berbanding cuba untuk melaksanakannya, Begitu juga dengan sifat mengambil berat yang kurang akibat kesibukan bekerja dan menguruskan keluarga sehingga lupa akan sesuatu benda yang ada di depan mata atau di sekeliling kita. Hidup berjiran saling tak ubah seperti ‘aur dengan tebing’, saling perlu-memerlukan. Mana-mana perkara yang silap, ditegur secara berhemah dan berhikmah, mana yang betul, dijadikan panduan dan pedoman semoga kehidupan sentiasa di bawah keredaan Allah SWT.

BY : NURAMIRAH FARZANA BINTI SHAHRUL ANUAR (01DGU17F1129)

4 comments:

PENGENALAN KONSEP KEJIRANAN